Surau Al-Muhajirin, TSM, S7, Bandar Baru Bangi

Surau Al-Muhajirin dibina semenjak tahun 1997 secara bergotong-royong melalui kutipan derma ahli kariah Taman Sri Melor dan sumbangan perkakasan lama serta terpakai dari surau berhampiran. Saiz surau asal pada ketika itu adalah berkeluasan 30x40 kaki persegi.

Bermula dari pertengahan tahun 2018, pihak pengurusan surau bercadang untuk menggantikan surau yang sedia ada kepada pembinaan surau yang baharu. Pembinaan berlangsung sehingga pertengahan tahun 2019 dimana pihak surau menggunakan peruntukan dana keseluruhan sebanyak RM500,000 untuk menampung kos pembinaan surau baharu tersebut.

Keluasan tapak pembinaan adalah sekitar 0.7 hektar dan pembinaan surau yang baharu adalah berkeluasan 50x70 kaki persegi berkonsepkan senibina surau sepenuhnya.

Sehingga hari ini pihak jawatankuasa surau sangat aktif melaksanakan program-program untuk penduduk sekitarnya. Diantara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak jawatankuasa ialah pengimarahan surau dengan program-program seperti berikut:

1. Mengadakan kelas-kelas pengajian talaqqi dan tadabur
2. Program kuliah Maghrib, Subuh dan Dhuha
3. Program tadarus sempena bulan Ramadan (muslimin, muslimat dan kanak2)
4. Kelas Pengajian Al-Quran untuk Jemaah muslimin, muslimat dan kanak-kanak.
5. Program Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan (Jemaah muslimat dan kanak-kanak)
6. Program sambutan Hari Raya bersama Jemaah
7. Program Qurban bersama Jemaah
8. Program gotong-royong pembersihan surau
9. Program aktiviti sukan/riadah bersama Jemaah.

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by